AMANAH Sabah tak tolak kemungkinan 700 ribu warga asing akan diberi IC

Amanah Sabah tidak menolak kemungkinan, Perdana Menteri akan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mempertahankan kuasa dan menangi PRU14 yang dijangka Mac atau April tahun depan, tegas Pengerusinya, Hamzah Abdullah.

Katanya projek memberi mykad kepada bukan warganegara tidaklah sukar bagi Najib Razak dan ia suatu yang mudah kerana operasi seperti ini sudah pernah dilakukan keatas warga Burma dan Bangladesh malah, ia juga boleh dilakukan keatas warga China seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah
Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah

Beliau mendakwa, kegiatan memberi kad pengenalan dan Sijil Lahir kepada kelompok yang tidak layak menerimanya sudah menjadi rutin tahunan kepada wakil-wakil rakyat UmnoBN.

Operasi mendaftar dan mengeluarkan mykad tegasnya kepada Amanahdaily menjadi program tahunan wakil-wakil rakyat UmnoBN yang tersembunyi agenda besar mereka untuk mewujudkan pengundi-pengundi hantu yang menyumbang kepada kemenangan mereka dalam pilihanraya negeri dan parlimen.

Tulisan terkini Tun Mahathir dalam blognya pada 7 Disember lalu, mendakwa Najib boleh melakukan apa sahaja termasuk memberikan kerakyatan kepada kira-kira 700,000 warga asing untuk mengundi demi mempertahankan kuasanya.

“Ya. Memberi kerakyatan kepada 700,000 orang asing memang bunyinya tidak masuk akal. Tetapi Najib biasa membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal, yang luar biasa,” uhar beliau.

Mahathir mendakwa, hari ini pun sudah ada kes pelawat asing memiliki passport negara lain tetapi kad pengenalan Malaysia.

Tambahnya lagi dalam tulisan itu, dalam negara “cash is king” Najib, pegawai boleh disogok atau cara-cara laindibuat untuk memberi kad pengenalan Malaysia kepada 700,000 orang asing yang akan bermautautin di Johor.

Kononnya ujar beliau, kira-kira 1.5 juta warga asing akan tinggal di Johor Bharu hanya tiga bulan musim sejuk sahaja, apakah ini sudah ada syarat dan perjanjian?

“Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal tiga bulan dan lepas itu 700,000 orang ini terbang balik dan tinggal bandaraya Iskandar Johor Bharu kosong selama sembilan bulan.

“Fikirkan 1.5 juta manusia mengosongkan bandar, pangsapuri, kedai, kilang selama sembilan bulan. Sunyi senyap Johor Bharu. Masuk akal?” Soal Mahathir.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, beliau telah mengandaikan lebih awal sebelum pendedahan yang di buat oleh Mahathir dalam blognya.

“Saya membuat beberapa kenyataan pada media sosial bahawa tujuan Najib melawat China bersifat serampang pelbagai mata.

“Yang saya tonjolkan dalam media-media sosial ialah agar rakyat ‘tidak terkejut dengan pertambahan mendadak ahli-ahli MCA’,” tegas beliau.

Sebab itu jika ada perasan, MCA bersikap ‘low profile’ sejak beberapa waktu ini dan kenyataan Najib yang menyentuh hal ehwal MCA dalam satu majlis baru-baru ini juga mengesahkan ada sesuatu agenda yg sedang direncanakan, dakwa beliau.

Menyentuh dengan isu usul RUU 355 yang ditangguhkan ke tahun depan oleh Presiden Pas, dakwa Hamzah, juga mempunyai kaitan dengan kebimbangan Umno terhadap rakan-rakan paryi komponen bukan Islamnya.

Katanya, Umno bukan bimbang dengan protes daripada DAP atau parti-parti lain, tetapi ia lebih takut dengan dengan ancaman MCA, MIC, PBS dan paryi-parti komponen lain dalam BN.

Sebenarnya, ujar beliau, Najib amat bimbang jika sekiranya usul RUU 355 itu dilulus untuk dibentangkan pada sesi parlimen lepas, kerana ia akan menjadi malapetaka besar yang menimpa dirinya.

Hamzah menjangkakan, semua parti komponen BN daripada kalangan non-Muslim akan keluar meninggalkan Najib dan BN!

Jika ini berlaku, tegas beliau, agenda membawa masuk 700,000 warga China ke negara ini akan terencat.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *