Iskandar persoal sikap Najib dan pendirian Malaysia terhadap Myanmar

Perdana Menteri mesti memberi penjelasan kepada rakyat kenapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia berada di Myanmar walhal beliau dilihat lantang menyuarakan nasib masyarakat Rohingya di negara itu, tegas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Beliau berasa kesal apabila akhbar Myanmar Times yang diterbitkan di negara berkenaan melaporkan kunjungan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeberal Tan Seti Zulkifeli Mihd Zin berada di negara tersebut untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

“Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas,” uhar beliau yang juga Exco Kerajaan Selangor dalam satu kenyataan media pagi ini.

Menurut beliau, sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembersihan etnik kerana negara tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam itu.

Kecuali tegasnya lagi, kehadiran Panglima Angkatan Tentera itu adalah bertujuan untuk memberi amaran kepada pemerintah negara tersebut.

Menurut Myanmar Times, Zulkifeli bertemu dengan Presiden, Myanmar U Htin Kyaw dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dalam usaha untuk membaiki hubungan antara Kuala Lumpur dan Yangon berikutan perbalahan diplomatik kedua-dua negara.

Mesyuarat tersebut telah disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar.

“Jeneral Kanan Min Aung Hlaing memberitahu rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa tiada pelanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat etnik Rohingya yang beragama Islam itu.

“Menurut kenyataan itu juga pihak berkuasa Myanmar tidak boleh berbohong mengenai perkara tersebut memandangkan tumpuan tempatan dan antarabangsa di negeri berkenaan,” petik laporan itu.

Laporan itu memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Myanmar yang menyalahkan ketegangan diplomatik kerana “berita palsu”.

Ia berkata, mesyuarat Zulkifeli dengan Presiden Myanmar, U Htin Kyaw menyentuh mengenai operasi ketenteraan yang berterusan di negeri Rakhine.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertai ribuan rakyat sebagai himpunan solidariti bersama Rohingya di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Najib mengutuk layanan Kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya dan ini mencetuskan kemarahan Yangon dan rakyatnya, sehingga mencetuskan satu siriprotes anti-Najib dan anti-Malaysia di sana.

Akhbar Myanmar juga menuduh Najib cuba mengambil kesempatan daripada sentimen Islam di Malaysia untuk meraih undi dan mengalihkan perhatian daripada dakwaan skandal dan rasuahnya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *