AMANAH ucap takziah kepada mangsa gempa bumi Acheh – Raja Bahrin

Parti Amanah Negara (Amanah) mengucapkan takziah kepada warga Acheh khususnya dan rakyat Indonesia umumnya, diatas tragedi gempa bumi pada kira-kira jam 5.00 pagi waktu tempatan, Rabu 7 Disember 2016.

fb_img_1481147243726

fb_img_1481147184591Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Nasional, Raja Bahrin Shah berkata, seluruh warga Amanah berdoa agar saudara saudara Islam di Acheh akan tabah menghadapi dugaan terbaru ini.

“Kami juga percaya rakyat Acheh akan bersabar dalam usaha memulihkan semula kerosakan fizikal dan menghadapi kesedihan di atas kehilangan nyawa mereka yang disayangi,” katabeliau.

Pada pagi Rabu lalu, hampir genap 12 tahun sejak gempa bumi besar yang mengorbankan beratus ribu nyawa, Acheh digegarkan sekali lagi gempa bumi dengan kekuatan 6.5 reichter. Sehingga kini lebih kurang 100 orang telah disahkan terkorban.

“Ahli Amanah akan senantiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kekuatan saudara kami menghadapi bencana terbaru yang melanda Acheh. Semoga Allah memberi rahmat serta kekuatan kepada semua yang terlibat gempa bumi di Acheh,” ujar beliau.

fb_img_1481147328564

Kemaskini 12.30 tghri: Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda Amanah Nasional melahirkan rasa sedih dan hiba dengan kejadian gempa bumi yang melanda Acheh, Indonesia. Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada jam 5.03 pagi waktu tempatan itu telah menyebabkan ramai yang terkorban dan cedera.

Gempa bumi itu juga telah mengakibatkan banyak rumah, masjid serta bangunan runtuh dan terjejas teruk.

Menurut Ketuanya, Sany Hamzan, Pemuda Amanah merakamkan tazkiah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban akibat bencana alam ini, diharap agar ke semua mangsa yang terlibat kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini.

Atas rasa tanggungjawab, katanya, Pemuda Amanah Nasional akan melancarkan tabung kemanusiaan dalam membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Sumbangan daripada seluruh negara ujarnya, akan dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak di sana, Sany juga mengajak seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan sedaya mampu melalui tabung yang akan dilancarkan ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *