Sabahan tentukan anak bangsa sendiri, kali ani tah

“Kali ani tah kita kerjakan dan jangan alang2 biar mangurabat “Kata Saudara Yusoff Mohd Said orang kuat WARISAN di Parlimen Kimanis asalnya di Kampung Brunei dan anaknya Nadzree Yusoff tersenyum saja bila bapanya bakurap Brunei.

Ketika saya makan di restoran Kristan tadi, tiba2 ayah dan Datuk Johan Ghani menegur dan katanya “Bah, jangan lupa 10hb Disember atu di kampung KUKUT Beaufort”. Katanya dan saya jawab “biar abis sidia di sana bakukut” Datuk Johan Ghani ketawa dan kawan2 makan sama tadi juga ketawa.

Ini kalilah dan bila lagi kalau bukan kali ini. Tiada lain kali, kita gegar di Beaufort dan sekarang di mana-mana saja orang terus bercakap hal WARISAN kesan sambutan cukup hebat dan menarik perhatian maka ada yang bercakap “jangan dipuji dan jangan luan dihentam”. Saya ketawa dan anakanda Yusoff said dan Nadzree Yusoff lagi ketawa mendengarkan.

Sebelum ini sudah diadakan acara jelajah di Kota Belud sekitar 4,000 orang dan di Tenom sekitar 16,000 orang sebab di sana kerusi 14,000 penuh dan di Membakut/Kg Brunei kerusi 3,500 dan ramai berdiri.

Di Kudat sekitar 4,000 orang dan kemudian di Sandakan sekitar 6,000 orang dan di Tawau sekitar 3,000 orang ketika itu dan banyak lagi diadakan perjumpaan secara kecil-kecilan dan tanggal 10hb ini giliran Beafort lokasinya di kampung KUKUT sebelah Puspakom.

Kesan jelajah demi jelajah jelas ada kata mereka yang tinggal di kampung lagi kenal WARISAN dan itu cukup baik dan dengan secepat kilat WARISAN sudah mempunyai ahli sekitar 35,000 orang hingga setakat ini dan masih banyak lagi borang di daerah2 yang belum diserahkan dan kelihatannya kian hari kian ramai berdatangan dan mahukan borang dan itu sebab selalu saya katakan usaha isu borang melalui laman warisan :

warisansabah.org

Untuk acara di beaufort, semua yang ada di sekitar dipersilakan datang dan ini awal2 dikatakan warisan tidak menyediakan tambang dan tidak menyediakan apa2 termasuk penginapan dan sebagai penganjur, maka minuman itu perkara biasa sebagai budaya menyambut tetamu warisan dan bukan warisan datang ke sana.

Apa saja yang bakal diperkatakan oleh seorang presiden yang namanya DS Shafie Apdal? Datanglah dan usahalah bermesra bual dengannya dan memang dia seorang yang ramah dan punyak watak yang baik, tidak pernah memaki hina lawan dan dia berucap penuh berhemah dan berfikir sebelum ia lontar kata.

Untuk menjadi baik kita kena ikut saranan Imam Shafie dan itu lebih afdal dan lebih sempurna banding yang lain dan itu sebab Imam Shafie mengutamakan ilmu kala berhujah dan katanya dia lebih tahan berhujah dengan 10 orang ilmuan banding seorang yang tidak tahu landasan ilmu.

berdasarkan Ilmulah sebagai ahli ekonomis yang ada pada diri Shafie itulah kita mahu Sabah yang kaya dibangunkan dengan harapan semua rakyat mendapat berkat dan mendapat sama kesenangan kesan hasil anugerah Allah yang satu.

Tiada lain cara selain Sabahan harus bersatu dan harus bersama mengangkat nama Sabah yang sekarang memang TERMISKIN dan terkenal dengan jolokan pendidikan ASAS tersorot dan ini cukup menyedihkan sekali.

Segalanya di tangan sabahan dan sabahanlah yang menentukan masa depan anak bangsa sendiri.

ISMAILY BUNGSU
pk-dssa
6 Disember 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *