Puisi Yassin Salleh: Eiii, Tak Naklah BerReunion

Semalam yang indah bersama kawan sehalaman sepermainan
adalah beban untuk digalas
dalam menempah tempat hadhir reunion persahabatan zaman a polis senteri dulu.

Nak ingat paras rupa payah sudahat
Nak ingat nama lagilah payahnya
Berangan gelaran nak kena maklum
Bukannya gelaran macam dulu-dulu,
Mat Cacing, Abdul Songkok, Salam Busut, Minah Murali dan berbagai
Kini gelaran sudah amat berbagai dan amat juga bernilai
Tersalah panggil nama yang bergelar anugerah karang
tak sopan pula awak.

Tak tahu nak hormat orang
Tersilap menunjuk dengan telunjuk
dan tidak dengan ibu jari karang
biadaplah pulak awak
tak tahu nak hormat orang.

Ehh takut pulak aku
Tak naklah berReunion
Serun rasanya nak ke sana
sebab sejak kena strok ni aku dah jadi pelupa
Karang terpanggil orang bergelar Tun
Mat Senewen
Biadaplah pulak aku.

Karang tercerita kita dulu
main polis senteri
ada pula orang terasa aku macam perli kat dia
sedangkan aku tak tahu yang dia memang polis nak tangkap sebab curi duit anak yatim.

Eiii, taknaklah berReunion.

Yassin Salleh
5.12.2016
La Casa Pacifica D Yasleh.
Hakcipta (c) 2016 yassinsalleh.
Semua Hak Terpelihara.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *