Puisi Dr Nasir Hashim: Sumpahan Anak Jati

Air mata mengalir memujuk diri
Kehakiman bangsat bertitah
diapit racun berduri

Di mana keadilan mu
Nan gelumang dalam najis
koprat… tuhan mu sejati

Kau akan disumpah
dilaknat sepanjang hayat
Kau akan diludah, dimamah
oleh anak cucu mu
bersama rakyat terkilan
Kerana melacurkan keadilan
dan khianati perintah Illahi
Kau mendakap darjat dan
keistimewaan duniawi

Namun dihina dan diseksa
berganti kulit menahan
bisa tak terperi
Kau agungkan pimpinan
durjana
Demi sesuap nasi
haram dimakan
jasad ditolak bumi

Sanggup melelong
agama mu dengan harga
yang murah sekali
Kau fikir kau tidur lena
Doa rakyat
persis menghiris kalbu mu
senilai debu layu

■ Dr Nasir Hashim | 6 Disember 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *