PAU-Najib mahukan Melayu jadi pengecut, pengampu kleptokrasi!

Kita sudah dengar kenyataan-kenyataan bebal dari PWTC. Inilah hari-harinya di mana sebahagian orang Melayu memuliakan kebebalan, pembohongan dan keangkuhan. Tidak pernah terjadi dalam sejarah bangsa Melayu, sebahagian Melayu memuliakan pencuri, pembohong dan orang yang zalim. Tapi ianya berlaku di zaman Najib Razak.

Mungkin suatu masa keadaan ini boleh terjadi – satu hari gerombolan UMNO memasuki rumah kita, mencabul isteri dan anak-anak kita, kita akan kata – tidak mengapa kerana si pencabul sebangsa dan seagama dengan kita. Lagipun, tidak ada empat saksi yang melihat perbuatan cabul tersebut. Bahkan, ada yang mungkin kata itu semua perancangan Allah, sama seperti Allah memilih Najib jadi pemimpin sebahagian Melayu!

fb_img_1480668658620

Mereka yang berkata demikian adalah penjenayah dan pembelot sebenar kepada kaum Melayu. Ada 3,000 jenis mereka sedang bersidang di PWTC saat ini.

Kebebalan dan kebodohan datang dari pelbagai lapisan pemimpin UMNO yang sedang bersidang. Dari jurucakap mereka yang tidak ada kapasiti berfikir. Jurucakap mereka yang menyebelahi pencuri dan gerombolan pencuri. Itulah kebenaran yang kita pegang? Itu sahaja yang kita perlu tahu?

Lain-lain cerita tok nenek yang UMNO jaja, kononnya orang Melayu akan hancur jika UMNO hancur, DAP akan memerintah negara, Mahathir pembelot bangsa, itu semua yang patut keluar melalui lubang bawah tapi dikeluarkan melalui lubang atas.

Pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu pengecut

Cuba bayangkan jika seluruh rakyat Malaysia ialah orang Melayu, tiba-tiba ada kumpulan yang menentang kemungkaran. Label apa yang akan kita sebut kepada mereka? Adakah kita akan kata inilah golongan yang akan menghancurkan institusi penjaga kepentingan Melayu, inilah golongan yang akan memusnahkan Islam? Entah jenis apa pandangan xenophobic yang kita sedang dengar ini?

Jelas, pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu bangsa pengecut yang takutkan DAP sedangkan DAP hanya ada 37 Ahli Parlimen, malah terdiri dari pelbagai suku bangsa.

fb_img_1480701465911

Adakah pemimpin UMNO mahu takutkan Melayu dengan kaum Cina yang berjumlah 24 peratus dan menjelang 2030 akan hanya tinggal 15 peratus?

Inikah keberanian pahlawan keturunan Bugis? Yang cakap besar bila bahtera berkemudi, sauh diangkat, gendang perang ditabuh-tabuhkan, pantang pendekar berpaling pulang?

Hei- kita juga anak jantan, tidurnya di puncak gelombang, matinya di tengah gelanggang, yang tidak kenal air mata, yang tidak kenal tunduk kulai!

Apa yang kita harap yang membangun dari himpunan orang pencari keseronokan malam dan hanya bercakap kosong? Apa perkara besar yang kita harap dari orang yang condong kepada bercandu dan bermadat?

Apa perkara besar yang kita harap dari sebahagian Melayu yang bergantung kepada pemberian sedekah dari pemimpin mereka? Apa yang diharap kepada sebahagian bangsa kita yang tidak akan mengerti bahawa hak ialah hasil usaha kudrat sendiri, bukan sesuatu yang diperolehi oleh gubalan undang-undang?

Kita tidak boleh bergantung harap kepada UMNO. Kita yang bergelar Melayu.

Jurucakap UMNO memihak kepada penzalim, pencuri, perasuah. Mereka adalah musuh bangsa Melayu dan bangsa Malaysia.

UMNO ‘guna’ Allah untuk kepentingan politik?

Kalau kita dengar ucapan pemimpin UMNO, maka kita rasakan Allah pun ahli UMNO. Sebab itu pemimpin mereka kata, Allah memilih Najib Razak. Tuhan mana yang pilih orang seperti Najib? Ianya mesti Tuhan yang tidak baik kerana memilih orang yang tidak baik. Ianya pasti bukan Allah.

fb_img_1480692280391

Sejak bila orang UMNO berwatak agama dan tidak berhenti menyelit Allah dalam ucapan mereka? Siapa sebenarnya yang menggunakan Islam?

Yang mengancam Islam ialah puak fasis Islam. Yang mengancam Islam ialah sebilangan pemimpin UMNO yang munafik. Yang mengancam Islam ialah kebebalan dan kebahlulan mereka yang menjaga institusi Islam. Dan sekarang mereka hendak kuasa lebih dan mahukan hukuman yang lebih berat.

Kalau ikut logik UMNO, tentulah Allah juga yang memilih Azmin, Guan Eng dan Ustaz Mohd Yaakob. Jika kita mesti taat kepada Najib, maka kita juga mesti taat kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain.

Allah bukan ahli UMNO. Dan Allah juga tidak hanya mendengar doa orang UMNO. Dia juga maha mendengar doa orang-orang yang tertindas dan dianiaya.

Perwakilan pencari keseronokan malam ini, menganugerahkan kepada diri mereka, hak untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu, bagi pihak agama Islam, bagi pihak negara. Kita tidak mahu lagi bangsa Melayu diwakili oleh pleasure seekers dan mereka yang menyamun harta benda rakyat atas nama bangsa, agama dan negara.

Bangsa Melayu bukan pencuri, Islam bukan agama yang menyokong kemungkaran dan salah laku. Negara ini bukan negara penyamun, oleh penyamun dan untuk penyamun!

Dari Najib sampai kepada pemimpin picisan UMNO- berhentilah berbohong, atau kita akan menceritakan yang benar-benar mengenai kamu.

Melayu tidak akan mati kalau UMNO mati. Ada 18 juta orang Melayu dalam negara kita sekarang. Ahli UMNO ada 3 juta. Ertinya, hanya 1 dari 6 orang Melayu ialah UMNO. Jika seorang ahli UMNO itu mati, ada lima orang Melayu yang akan terus hidup tanpa orang UMNO.

Jika UMNO tidak memerintah negeri, orang Melayu tidak mati bergelimpangan. Kiamat tidak mendatangi orang Melayu. Langit tidak runtuh. UMNO tidak perintah Selangor – tidak ada orang Melayu yang mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Pulau Pinang – orang Melayu makmur dan kehidupan dibaiki lebih selesa dari yang UMNO dan BN lakukan. Tidak ada orang Melayu mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Sarawak – orang Melayu boleh hidup. UMNO tidak perintah Kelantan, orang Melayu boleh hidup!

Orang Melayu jadi susah jika kerajaan rasuah, pemimpin pencuri dan menzalimi rakyat. Selagi kerajaan baik, maka orang Melayu dan semua rakyat terjamin. Yang diperlukan bukan UMNO, tapi sebuah kerajaan yang baik dipimpin oleh pimpinan yang baik. Rahsia kerajaan baik ialah pemimpin yang baik.

Kerajaan jadi jahat, jika pemimpinnya jahat, pemimpinnya rasuah, pemimpinnya mencuri dan pemimpinnya zalim.

■ Artikel ini ditulis oleh Datuk Mohd Ariff Sabri, Ahli Parlimen Raub mewakili DAP.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *