AMANAH kesal Pas, BN tidak sokong usul tetapi tunjuk juara di luar parlimen

Amanah tidak pernah mendakwa isu Rohingya adalah milik parti itu, sebaliknya mengakui ini adalah isu seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini sebab Amanah sangat kecewa tiada seorang wakil rakyat Pas atau BN yang menyokong usul 18 (1) Rohingya pada hari usul itu ditimbulkan di parlimen.

Menegaskan perkara ini, AJK Amanah Nasional, Raja Bahrin Shah berkata, lebih memalukan, selain dari dua wakil Amanah, ada empat ahli parlimen bukan Islam daripada PKR dan DAP menyoal kenapa isu ini ditolak sementara Pas dan rakan yang dinasihatinya dari Umno membisu dan menyepi dan dalam keadaan ini bisu itu bererti setuju usul berkenaan ditolak.

img-20161129-wa0005

Membidas isu yang ditimbulkan oleh Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki melalui kenyataannya baru-baru ini kononnya ada ahli parlimen yang “baru sekali bawa usul Rohingya terus mendabik dada mereka juara…”, Raja Bahrin membandingkan antara soalan yang pernah dikemukakan MP Marang dengan usul yang dibawa tentang Rohingya itu banyak perbezaannya.

Menurutnya, isu Rohingya adalah isu krisis kemanusiaan yang perlu ditangani secara serius, ia bukan isu untuk diambil kesempatan dan retorika politik untuk menentukan siapa “juara” seperti persoalan “juara” menzahirkan sikap sebenar Dr. Zuhdi.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, pertanyaan di bawah soalan lisan berbeza dari usul di bawah 18 (1) untuk di bahas secara terbuka di parlimen.

Soalan lisan seperti disebut Dr Zuhdi katanya, adalah terhad dan bukan dibuka untuk dibahas bagi menentukan pendirian dan tindakan.

Ramai ahli parlimen lain, termasuk yang bukan Islam, telah mengemukakan soalan lisan seperti yang telah dilakukan oleh MP Marang dan perlu diingat bukan beliau seorang sahaja yang membawa soalan Rohingya sebelum ini.

Namun, usul dibawah 18 (1) memberi ruang yang luas dan masa yang panjang untuk dibahas sedalam-dalamnya yang akhirnya boleh dipersetujui satu usul untuk diluluskan oleh parlimen untuk tindakan kerajaan.

“Ini adalah perbezaan yang besar dibandingkan dengan soalan lisan yang terhad,” ujar beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Nasional.

Raja Bahrin berkata, Amanah tidak mempertikaikan hak Pas untuk bersama dan bersepakat dengan Umno untuk berhimpun pada 4 Disember ini, tetapi mempersoalkan kenapa perlu ianya dihadkan kepada ummat Islam sahaja?

“Adakah ia bertujuan mewujudkan suasana anti-bukan Islam demi kepentingan politik Umno dan Pas?

“Soalnya mana yang lebih penting dan wajib untuk dibuat, melaungkan slogan dan berceramah berapi-api di Stadium atau membuat pendirian dan menentukan tindakan kerajaan di Parlimen?” Tanya beliau lagi.

Amanah tidak kisah jika akhirnya perhimpunan itu akan menjadi perhimpunan melaungkan slogan anti-bukan Islam dan menyeru orang Islam bersatu menyokong Umno dan Pas sambil menakut-nakut rakyat dengan DAP kerana itulah agenda sebenar perhimpunan ini.

“Saya mohon Tuan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS menyelidiki secara mendalam dan memahami isu sebenarnya yang perlu di tangani.

“Isu pembunuhan kejam di Rohingya ini adalah isu semua pihak beragama Islam dan juga bukan Islam untuk membela nasib mereka.

“Kerana itulah kami amat kecewa Pas dan Umno membisu sebaliknya ahli parlimen bukan Islam lain pun boleh bersuara kenapa isu ini ditolak di Dewan Parlimen yang mulia ini baru-baru ini,” tegas Raja Bahrin lagi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *