Tuduhan Najib DAP berkuasa kepentingan Melayu lenyap, karut dan palsu – Mazlan

Amanah menyifatkan dakwaan Presiden Umno kononnya institusi yang ditubuhkan untuk membangunkan Bumiputera akan lenyap jika DAP berkuasa sebagai karut dan propaganda palsu semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu daripada mengundi parti-parti gabungan Pakatan Harapan dalam PRU14 tidak lama lagi.

Mazlan Aliman (kanan) bersama seorang penetoka.
Mazlan Aliman (kanan) bersama seorang penetoka.

AJK Amanah Nasional, Mazlan Aliman berkata, Dato’ Seri Najib Razak makin terdesak dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan sehingga saban hari Umno mendendangkan lagu jika BN kalah DAP akan menerintah.

Katanya, sejak Felda ditubuhkan pada tahun 1956 dan sehingga kini, penerajunya ialah orang Melayu dengan jumlah peberoka 95 peratus dari 112,635 orang juga adalah orang Melayu.

Sesiapapun jadi kerajaan, tidak mungkin Felda akan diambilalih oleh DAP, melainkan ia hanya menjadi momokkan Umno untuk terus mengekalkan kuasa.

“Samalah dengan institusi Bumiputera yang lain seperyi Felcra, Mara, Risda, Ketengah dan lain-lain yang diwujudksn untuk membantu orang-orang Melayu. Tuduhan Najib sangat tidak berasas,” ujar beliau ketika dihubungi oleh Amanahdaily.

Namun, apa yang menjadi tandatanya, soal Mazlan, sejauh mana pemimpin Melayu berjaya meneruskan legasi yg diasaskan o!eh pemimpin terdahulu?

“Jika Tun Razak berjaya menggagaskan dan membina Felda, apakah ia juga dapat diteruskan oleh anaknya Najib mamajukan Felda?” Soal beliau sinis.

Beliau berkata, dengan berbagai isu menyeelubungi Felda, seperti skandal FGV, perumahan gen 2 yang terbengkalai, pendapatan peneroka tidak stabil, penipuan kadar perahan gred, harga getah yang rendah, penyelewengan dan salah urus seperti Laporan Ketua Audit Negara; adakah semua yang membadai Felda ini salah DAP juga?

“Walhal semua peneraju di Felda dari dahulu sehingga kini adalah pemimpin Melayu? Apa jadi dengan FGV dan kehidupan peneroka sekarang?” Tanya Mazlan lagi.

*Najib: Mara, Felda, Risda, Felcra… semuanya lenyap kalau DAP menang. Begitu juga, institusi Islam seperti Tabung Haji, Jakim, di samping insitusi wakaf dan zakat akan diperlekeh dan dicabar.*

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Datuk Seri Najib Razak memberi amaran semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap sekiranya DAP berkuasa.

Sambil menyifatkan DAP sebuah parti sekular memperjuangkan “liberalisme melampau”, Najib mendakwa, sekiranya negara ini jatuh ke tangan DAP yang memperjuangkan liberalisme melampau dan fahaman sekular berbahaya pastinya, hak dan keistimewaan yang diperjuang serta dipertahankan oleh Umno selama ini.

“Termasuk institusi-institusi Bumiputera antaranya Mara, Felda, Risda, Felcra dan Teraju akan pupus dan lenyap,” kata Najib.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *