Episod sandiwara regim yang saya biasa lihat, simpan auta kamu – Athirah

Saya sudah biasa berhadapan dan membantu kes-kes rakyat ditindas dan dinafikan hak atas tanah atau rumah mereka. Banyak kes yang kami bantu melibatkan semua kaum.

Regim akan selalunya menuduh rakyat yang berani bangkit menuntut hak mereka sebagai kononnya dihasut pihak ketiga. Anak-anak muda yg hadir membantu rakyat akan digertak ugut dengan tindakan menahan, gari dan lokap. Ini berulang kami lalui di bawah pentadbiran regim zalim Umno BN. Regim hakikatnya selalu pandang rendah kepada keupayaan rakyat untuk berfikir dan menilai putar alam mereka.

Bila berhadapan krisis sebegini juga tidak dinafikan ada ada pihak berkepentingan mengambil peluang, berunding selama ini dengan pihak-pihak tertentu termasuk kononnya mewakili penduduk. Tetapi di saat akhir kemudiannya dia lesap bersama segala dapatan atau habuan. Jika tidak lesap pun, mereka akan menjadi mulut dan telinga regim. Al maklum – cash is king!

Tidak kurang juga pembesar2 tertentu yang akan terima habuan dan keuntungan daripada kapitalisme yang berkepentingan agar semua isu segera “selesai dan beres”. Tetapi hakikatnya hak rakyat tidak pernah diberikan. Jauh sekali diberikan keutamaan.

Rundingan demi rundingan hanyalah menjadi satu episod “buying time” yang akhirnya tetap memberi keuntungan kpd pihak2 berkepentingan sekaligus membelakangkan penduduk yang menuntut.

Maaflah… ini semua kami dah “fasih dan faham” sangat. Tak perlu bercerita itu dan ini memberikan pelbagai versi… sedangkan hakikatnya kamu sudah bertindak zalim, tidak membantu malah menambah susah rakyat.

Saya masak sgt dgn kelompok-kelompok yg kemudian cuba memberi penjelasan dan kononnya pencerahan. Kemudian pada masa yg sama mewujudkan episod pecah dan perintah di kalangan penduduk dengan pelbagai strategi dan taktik termasuklah sebahagian memujuk, tidak kurang menyemai rasa takut @ instill fear.

Well…simpan auta kamu. Kalau kamu tidak upaya memberikan keadilan dan hak kpd rakyat di bawah dagu kami, jgn harap kamu akan mendapat keadilan dan hak kamu dpd orang lain .

*#BebaskanOrangAsal*
*#KembalikanTanahAdat*
*#LindungiEkosistem*
*#HentikanPembalakan*

Aiman Athirah Al Jundi
1 Disember 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *