Pemimpin Umno adalah pengkhianat bangsa, agama dan negara

Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung kini bakal memaparkan serta mempamerkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengkhianati bangsa, agama dan tanahair.

Saya nak bagi tahu kaki bodek minda lemah otak udang Salleh Tun Said bahawa beliau adalah pengkhianat dan musuh negara nombor satu!! Bukannya YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Pemimpin-pemimpin UMNO yang tiada aqidah agama kerana mereka sanggup bersubahat dengan pelbagai salahlaku Najib Tun Razak di dalam menyelewengkan dana syarikat 1mdb berjumlah puluhan bilion ringgit.

Rasuah dilarang keras oleh agama islam.

Inilah kualiti pemimpin-pemimpin UMNO!! Demi untuk mempertahankan kedudukan poket, pangkat serta perut; mereka sanggup bersubahat dengan tokoh pemimpin pencuri yang telah menyelewengkan kekayaan negara dan wang rakyat.

Saya nak bagi tahu Pemangku Timbalan Presiden UMNO bahawa beliau adalah orang pertama yang bakal disoal oleh malaikat munkar dan nankir bila masuk ke liang lahat kelak!! Dato Seri Zahid Hamidi faham hukum-hakam agama tetapi beliau tidak mempraktikkan ajaran agama islam secara tulen berteraskan al-quran serta as-sunnah.

Beliau jangan cakap pasal hukum-hakam agama!! Zahid Hamidi tidak layak untuk cakap pasal hukum agama kerana dia sendiri tidak mengikuti ajaran agama islam secara tulen.

Mereka semua nak pilih jalan ke neraka itu hak pemimpin-pemimpin UMNO tapi tolong jangan heret kami bersama ke jalan neraka jahanam!!

Dalam apa jua keadaan saya akan tetap lawan kemungkaran sehingga kebenaran timbul!! Rakyat harus dibela dan negara Malaysia wajib diselamatkan!!

Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
30 November 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *