Orang Asal Gua Musang lebih cerdik daripada TMB Kelantan

Nasihat Orang Asli pada Kerajaan Negeri sebelum kena lokap; “Bukan bergini caranya” – Sinar Harian 30 Nov 2016. Orang Asli lebih cerdik daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan (Bab Perundingan). Mereka hanya mahu perundingan secara adil.

i. Mustafa pernah pergi ke SUK dengan Sahabat Alam Malaysia bersama Azmi yang juga ditangkap semalam. Pada 1 November 2016 untuk berunding

ii. Hasil perundingan, Dato Mohd Amar cakap akan pergi berunding di Gua Musang, dan hadir kesana untuk selesaikan masalah ini.

iii. Rupanya 29 November 2016, bukan pergi berunding, mereka hantar Pegawai, Ranjer, dibantu (tlg selia) oleh Pga, Polis untuk tangkap 47 orang asli di Gua Musang.

iv. Ia bukan bawah bidang kuasa polis, tapi bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang berada bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Kelantan.

v. Kini 47 orang asli direman 2 hari, keputusan Mahkamah Majistret Gua Musang 30 November 2016.

vi. Harini segerombolan Kenderaan dari Jabatan Perhutanan masuk melalui jalan Meranto untuk ke Pos Pasik, bagi merobohkan Kubu Terakhir sekatan Orang Asli.

Nampaknya Kerajaan Pas Kelantan tidak bijak selesaikan isu ini, malah mengunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah apabila menangkap orang orang asli disana.

Saya dengan ini, menyeru mana-mana NGO di seluruh Negara dan Antarabangsa untuk membantu Orang Asli di Gua Musang untuk selamat Hutan mereka daripada dimusnahkan oleh akiviti Pembalakan, Ladang Hutan dan Ladang Getah Tlc.

Syam Ghaz

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *