MARA, Felda, Risda, Felcra semuanya lenyap kalau DAP menang

Antara intipati ucapan perasmian Najib di dalam PAU hari ini adalah. “MARA, FELDA, RISDA, FELCRA… semuanya lenyap kalau DAP menang”.

Bukankah sekarang ini pun semua yang di sebut di atas tadi dah lenyap, hanya tinggal nama dan hutang yang berlambak.

Najib juga kata “JIKA DI KAJI PERLEMBAGAAN DAP, TIADA LANGSUNG MENYEBUT _ISLAM_ SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, TIDAK DI NYATAKAN UNTUK MENJUNJUNG INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU DAN TIDAK TERTULIS SATU AYAT, TENTANG USAHA UNTUK MELINDUNGI HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA”.

Di dalam perlembagaan MCA pun tidak tertulis seperti tuduhan Najib terhadap DAP, kecuali di dalam Perlembagaan DAP ada untuk memperkasakan Bahasa Malaysia berbanding Perlembagaan MCA yang langsung tidak menyebut untuk memperkasakan bahasa kebangsaan itu.

Baca Perlembagaan DAP di bawah.

Matlamat-matlamat:

1. demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan sistem menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai parlimen berperlembagaan.

2. Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia.

3. Sarawak, mengiktiraf hak-hak istimewa kedua-dua memupuk integrasi kebangsaan dengan Sabah dan negeri tersebut serta memupuk semangat kabangsaan dan perpaduan di antara semua kaum bagi melahirkan identiti bersama rakyat Malaysia yang bersatupadu.

4. yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi.

5. Menjamin dan mempertahankan dan menjunjung Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjunjung kedudukan kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal.

6. Menjadikan integriti, etika, keprihatinan sebagai nilai-nilai moral utama bagi mewujudkan ketelusan dan sebagai pendekatan yang liberal, saling menghormati dan pemahaman di antara tradisi kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza.

7.  Kedaulatan dan integriti Malaysia sebagai sebuah negara merdeka

Lagi yang lainnya anda boleh baca di laman DAP.

Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan dari Imam Masjid Makkah kerana menjaga keutamaan orang Islam di Pulau Pinang.

Manakala MCA kawan cium mulut UMNO terang-terangan menolak RUU355 untuk di bentangkan di Parlimen tempohari.

Adakah rakyat Malaysia (kecuali pengikut fanatik UMNO) sebegitu bodoh sehingga boleh termakan dengan penipuan yang di buat oleh Najib bagi meraih undi untuk terus berkuasa.

Di bawah Najib negara ini telah mengalami berbagai masalah serta ekonomi yang teruk, begitu jua hutang-hutang yang akan menyebabkan rakyat Malaysia yang akan menanggungnya.

Di dalam zaman Najib inilah harta negara tergadai kepada tangan asing akibat hendak membayar hutang.

Adakah rakyat Malaysia sanggup lagi di tipu oleh rejim Najib untuk membiarkan dia terus berkuasa dimasa akan datang.

SHUKUR MOHAMAD
Ahli PPBM seumur hidup

 

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *