Perhimpunan Agung Umno sudah jadi macam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar percaya Persidangan Agung Umno kali ini adalah kelangsungan dari mesyuarat Bahagian Umno yang mempamerkan Umno diserang histeria yang dahsyat akibat dari ketakutan kepada kebangkitan kemarahan rakyat terhadap jenayah curi rasuah wang negara dan rakyat yang memalukan 1 Malaysia.

Katanya, rakyat mengharapkan satu tindakan undang-undang terhadap penjenayah negara, tetapi apa yang berlaku terserlahnya lagi salahguna kuasa penjenayah negara yang berkuasa dan bermaharajalela menggunakan SOSMA, OSA dan Akta Hasutan serta institusi perundangan untuk melindungi jenayah besar dalam sejarah negara Malaysia iaitu 1MDB.

Perhimpunan Agung Umno tahun ini sekali lagi digunakan bagi mencetus suasana persekitaran untuk menakutkan rakyat dengan isu Soros, Islam dan Melayu akan lenyap tanpa Umno dan kononnya Cina akan memerintah Malaysia semata-mata untuk menutup semua simpanan harta curi mereka didalam ‘gua’ seperti penyamun dalam filem ‘Ali Baba Bujang Lapok’ yang mengandungi watak hakim, doktor dan peguam di kalangan penyamun,” ujar Mahfuz.

Beliau berkata, selesai sidang semua akan pulang dengan gembira selepas menjerit jahanam Soros dan DAP serta membelasah dan menghina Tun Mahathir dan mereka yang dipecat dari kerajaan dan Umno oleh MO1 ‘Chif Penyamun’ yang dikatakan sebagai Presiden Umno.

Pada hari ini, Khamis 1 Nov 2016 bermulalah perhimpunan penuh Umno yang ke-70. Sebelum ini berlangsungnya taklimat Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan perletakan batu asas KL-Putra serta perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno oleh Pemangku Timbalan Presiden, Dato’ Zahid Hamidi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *