AMANAH Kuala Kangsar rai 40 pelajar dalam Program Riang Ria Kembali Ke Sekolah

Seramai 40 pelajar terpilih daripada keluarga miskin dalam Parlimen Kuala Kangsar dibawa menyertai Program Riang Ria Kembali Ke Sekolah @ Back To School untuk membeli pakaian sekolah, Isnin lalu.

img-20161129-wa0300

Menurut Ketua Amanah kawasan berkenaan, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, pelajar-pelajar tersebut telah dibawa ke pusat membeli-belah di Bandar Diraja Kuala Kangsar diiringi pimpinan Amanah kawasan bagi membantu mereka memilih pakaian sekolah.

Katanya, antara barangan bantuan yang dibelikan untuk para pelajar ialah beg, kasut dan pakaian sekolah.

img-20161129-wa0303

Program peduli ini merupakan aktiviti tahunan kali kedua dianjurkan dengan mensasarkan pelajar-pelajar daripada keluarga miskin sekitar Kuala Kangsar.

Ia dilaksanakan secara empat peringkat bermula dari awal minggu cuti persekolahan sehingga minggu terakhir bulan Disember, ujar beliau.

img-20161129-wa0304

Hasnul memberitahu Amanahdaily, Biro Kebajikan Amanah dengan kerjasama AWAN Kuala Kangsar telah mengambil inisiatif mencari dan mengumpulkan dana bagi program ini sejak awal tahun dan mensasarkan kutipan sehingga RM10,000 bagi menampung kos pembelian barangan kelengkapan sekolah untuk 150 orang pelajar.

img-20161129-wa0305

Rata-rata ibubapa para pelajar yang terlibat sewaktu ditemui melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diusahakan oleh Amanah ini dan mereka mengucapkan terima kasih serta berharap program seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

Selain Hasnul, antara pimpinan Amanah yang hadir ialah bekas calon Amanah PRK Kuala Kangsar, Dr. Ahmad Termizi Ramli; Timbalan Ketua Amanah, Hj Ismail dan Ketua Biro Kebajikan Amanah, Hj Wahab Mohd Meerah serta aktivis-aktivis AWAN kawasan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *