Wanita PKR bantah kekejaman dan pembunuhan dahsyat di Myanmar

rohingyaa_demo_1

Wanita KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan pihak berkuasa Myanmar ke atas ribuan masyarakat etnik Rohingya beragama Islam.

Etnik Rohingya di sana telah ditindas dan dizalimi dengan kejam yang mengakibatkan mereka meninggalkan kampung halaman bagi meneruskan kehidupan seharian.

Saya mendesak kerajaan Malaysia prihatin dengan permasalahan global ini dengan segera memberikan peringatan keras terhadap kerajaan Myanmar di atas kezaliman yang berterusan ini.

Wanita KEADILAN menuntut pemimpin wanita negara itu, Aung San Suu Kyi bertindak lebih adil untuk membela nasib rakyat minoriti Islam di negara itu yang sering ditindas.

Wanita KEADILAN  turut mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak khususnya rakyat Malaysia yang prihatin dengan permasalahan ini untuk bersama-sama membantah pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya oleh tentera Myanmar. Himpunan dan  penyerahan memorandum oleh Wanita KEADILAN ini akan diadakan pada 30 November 2016, Rabu jam 10 pagi bertempat di Kedutaan Myanmar.

Memorandum ini mengutuk keras kekejaman ke atas umat Islam di Myanmar termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibunuh serta dizalimi oleh tentera Myanmar.

Pelbagai pihak seharusnya mengambil langkah segera dengan adil bagi menyelamatkan mereka yang tidak bersalah dan perkara ini dapat dibendung dengan sebaiknya.

Sharifah Norhayati Syed Omar
Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

29 November 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *