Dibebankan dengan Notis Bankrap, Imam Za’ba perlu lunaskan RM50 ribu

Imam Za’aba adalah seorang aktivis masyarakat dan telah banyak membantu masyarakat sekitar Johor Bahru, khususnya Pulai. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat komited dengan tugasannya. Kelebihannya dalam bacaan Al-Quran membolehkan beliau dilantik sebagai imam.

Selepas PRU13 PAS telah membuat bantahan keputusan pilihanraya Parlimen Pulai melalui petisyen pilihanraya atas nama beliau. PAS kalah dalam petisyen tersebut dan beliau diperintahkan membayar RM50 ribu. Imam Za’aba tidak mampu membayarnya.

Imam Za’aba sebenarnya tidak mengimpikan apa-apa hasil pengorbanannya itu. Niat sucinya hanya mahu melihat suatu pilihanraya yang bersih dan adil. Malangnya beliau telah dibebankan dengan NOTIS BANKRAP daripada Mahkamah.

Sebagai Imam yang dihormati dalam masyarakat. Imam Za’aba tentunya tertekan dengan masalah ini. Beliau sukar berkhidmat seperti biasa. Langkahnya terbatas. Maruahnya tercalar. Beliau mempunyai isteri dan anak-anak yang sedang membesar. Mereka bergantung harap kepada bapanya yang sekarang sedang dizalimi.

Sanggupkah kita melihat Imam Za’aba dan keluarganya MENDERITA akibat daripada sistem yang zalim ini? Marilah kita sama-sama membantu melepaskan bebanan Imam Za’aba. Sumbangan boleh di salurkan kepada Parti AMANAH Negara Negeri Johor 8602459375(CIMB). Maklumat lanjut hubungi, Sdr Muhammad 016-7867777.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

SUHAIZAN KAYAT
SETIAUSAHA ORGANISASI NASIONAL,
KETUA AMANAH PULAI.

SOLIDARITY FOR IMAM ZA’ABA

Imam Za’aba is a community activist who has extended a lot of services to the community around Johor Bahru, Malaysia especially in Pulai. He is known as a very committed person in providing his services. His ability to beautifully recite the Qur’an, enabled him to be appointed as an imam.

After the GE13, PAS contested the election results for the Pulai Parliament area, via a general election petition in his name. PAS lost the petition and he has been instructed by the Court to pay RM50,000. Imam Za’aba could not afford to pay the amount.

Imam Za’aba in truth did not expect any returns for his sacrifices (in using his name as the petitioner). His pure intention is to ensure a clean and just election process. Unfortunately, he has been saddled with a BANKCRUPTCY NOTICE from the Court.

As a respected Imam of the community, Imam Za’aba understandably would be in very stressful and anxious due to this situation. He found it very challenging to provide his community services as before. His actions and movements are very much curtailed. His reputation smeared. He has his wife and children who are growing up, dependent on their father who is being unjustly treated.

Does our conscience allow us to just watch Imam Za’aba and his family SUFFER as a result of this unjust system? Let us together do our part to help out to alleviate his sufferings. Your contributions can be made to the bank account of the Parti AMANAH Negara Johor, CIMB 8602459375. Please contact Mr Muhammmad at 016 7867777 for further queries.

From Abu Hurairah r.a. the Prophet S.A.W. said: “Whoever alleviates a difficulty faced by a believer, Allah would surely alleviate from him one difficulty in the Last Day. Whoever makes it easier to other person’s situation, Allah would surely makes it easier of his situation in this world and the Hereafter. Whoever conceals the aib(shameful act) of a muslim, Allah would surely conceal his aib(shameful act) in this world and the Hereafter. Allah would always help his servants as long as his servants keep helping his brothers”.

SUHAIZAN KAYAT
SECRETARY OF THE NATIONAL ORGANISATION (PARTI AMANAH NEGARA)
HEAD OF AMANAH PULAI.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *