AMANAH Parlimen Sik mula terima sumbangan beras untuk diagih kepada penduduk terhimpit

AMANAH Parlimen Sik, Kedah mula menerima sumbangan beras daripada penyumbang-penyumbang luar untuk diagihkan kepada penduduk  miskin tegar di kawasan ini.

Menurut Ketuanya, Sulaiman Ibrahim, beliau sangat terharu dengan kepedulian rakan-rakan dan mereka yg bermurah hati membantu penduduk di Sik melalui wadah AMANAH.

img-20161128-wa0004

“Terima kasih kepada individu, ahli korporat, rakan-rakan FB, Amanah Gombak, Pemuda Amanah Selangor, Pemuda Amanah Shah Alam, Amanah Klang, Amanah Kota Raja dan lain pihak yang turut membantu,” ujarnya kepada Amanahdaily.

Katanya, melalui sumbangan ini, dapatlah membantu penduduk daif pendalaman yang tersekat punca pendapatan mereka, akibat tidak dapat menoreh pada musim hujan sekarang.

Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak berkata, Amanah bukannya sebuah kerajaan, tetapi Amanah cuba untuk membantu rakyat yang kesempitab dalam apa jua keadaan selagi mampu dengan pertolongan orang-orang pemurah dari luar Sik.

“Doakan kami dari Amanah terus istikhomah dalam gerak kerja kebajikan rakyat yang ianya sebahagian dati Islam,” pinta Leman lagi.

Semua barangan sumbangan di tempatkan di Pejabat Amanah Parlimen Sik yang terletak di pekan berkenaan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *