SAMM dakwa Umno betul-betul biadap bawa gangster merusuh di Dewan Rakyat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Speaker Dewan Rakyat sendiri untuk membuat satu laporan polis dan meminta pihak polis untuk mengambil tindakan segera terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan penyokongnya atas kesalahan merusuh dan mengancam Demokrasi Berparlimen, tegas Pengasas SAMM, Badrul Hisham Sharin.

SAMM tegasnya, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penyokong-penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak yang merusuh di Dewan Rakyat pagi semalam, 24 Nov. Ini menunjukkan UMNO/BN adalah pihak yang tidak menghormati dan mahu menghancurkan institusi Parlimen Malaysia.

“Adakah pihak polis mempunyai keberanian untuk menahan di bawah SOSMA kerana aktiviti yang mengancam Demokrasi Berparlimen?

“Ternyata jelas Ahli Parlimen Pasir Salak disebalik kekecohan membawa penyokong untuk merusuh dan mengancam keselamatan institusi parlimen,” ujar Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard.

Katanya, sungguhpun SAMM menolak SOSMA tetapi inilah realiti politik tanahair ini, bagaimana semenjak zaman Mahathir lagi negara ini tidak pernah lari daripada keganasan politik yang dilindungi dan aktiviti politik yang memperkudakan sistem.

SAMM bersama-sama rakan aktivis lain, tegas beliau, pernah berdemonstrasi secara aman di luar perkarangan Parlimen selepas Pilihanraya Umum Ke-13 untuk menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen tetapi di tangkap, dibicarakan dan didenda sehingga RM 6,000.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *