RUU 355: Seperti yang terduga dari awal, sarat dengan ‘kepentingan’ Umno raih undi PRU14

Umno dah permainkan ***, yg RELA dipermainkan MAKA seperti yang terduga sejak awal bahawa isu RUU355 ini akan sengaja diheret panjang sehinggalah ke PRU14 dan kemudian selepas PRU14 bagi memastikan Pembangkang terus berpecah dan *** jadi bahan permainan umno yang *** sendiri RELAKAN.

Ia macam projek Bekalan Api ke rumah-rumah panjang kaum Iban di Sarawak. PRU kali ni dijanjikan bekalan elektrik akan masuk kampung perumahan panjang. Maka akan dipacaklah tiang-tiang elektrik.

Kemudian terbiar sehinggalah PRU yang seterusnya. Maka pada waktu itu janji disambung lagi. Lalu dipasanglah kabel-kabel yang menyambung tiang-tiang elektrik. Kemudian terbiar lagi untuk beberapa tahun sehinggalah PRU yang berikutnya.

Menjelang PRU yang baru maka janji pun diperbaharui lagi. Lalu digantikanlah tiang-tiang yang sudah reput dengan tiang-tiang baru yang lebih baik. Kemudian akan masuklah bekalan tetapi untuk kediaman terhad, hanya orang-orang penting dulu. Selebihnya adalah percaturan seterusnya.

Dan berlanjutan lagi sehingga anda benar-benar berada dalam genggamannya atau menjadi sebahagian daripada mereka akhirnya.

Berdasarkan penjelasan Speaker Dewan Rakyat yang sangat ketara penuh berbelit tadi, Usul Persendirian Marang itu sebenarnya belum ada apa-apa yang rasmi untuk diangkat dan dimuktamadkan. Malahan Speaker sendiri menyatakan perjalanan itu masih “panjang”.

Hakikatnya, untuk Kerajaan meminda RUU355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah tidaklah perlu selama itu. Sengaja Kerajaan memilih jalan yang panjang untuk kepentingan terselindung mereka dan pada masa yang sama malangnya ada yang RELA.

Bukan sedikit pindaan pelbagai RUU berlaku dan dilakukan. Bahkan daripada yang tiada kepada ada. Berdasarkan rekod Parlimen Malaysia, seminggu malahan sehari sesuatu RUU itu pernah dibentang dan diluluskan.

Laluan yang diberikan adalah wayang bertukar ihsan. Laluan yang diberikan pada hari ini pun hakikat adalah berlaku tiba-tiba selepas Himpunan Bersih 5 memberi petunjuk kejayaan yang baik kepada pakatan pembangkang.

Amat malang bagi mereka yang sengaja tidak mahu melihat kebenaran ini. Berlipat kali malang bila atas asbab keegoan lantas membiarkan ianya terus berpanjangan menjadi senjata regim dzalim yang menindas serta memeras rakyat.

#PerkukuhkanMahkamahSyariah
#HentiMempolitikkanHudud

*AIMAN ATHIRAH AL JUNDI*
24 November 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *