Perkasakan Mahkamah Syariah mesti berusaha ke arah beri implikasi baik terhadap Islam – Ustaz Wanji

Soalan wartawan dalam isu RUU 355 yang ditangguhkan buat kali kedua; Boleh mendapat komen ttg skop hukuman? Adakah ianya terlalu berat, meskipun tujuan utk memperkasa sistem shariah di negara ini?

Jawapan saya seperti di bawah ini:

1. Saya kira, memperkasakan mahkamah syariah, hendaklah berusaha ke arah benar-benar memberi implikasi baik pada imej mahkamah syariah dan Islam. Justeru, perkara yang paling perlu dilakukan dalam proses perkasakan mahkamah syariah pada saat ini adalah menyelesaikan kelemahan sedia ada, seperti kes-kes perceraian bertangguh bertahun2, bebanan kewangan terhadap perempuan dalam urusan fasakh dan sebagainya.

2. Buat masa ini, memperkasakan mahkamah syariah juga bukan dengan menambah hukuman, tetapi perlu ada usaha secara serius untuk efektifkan penghakiman di mahkamah syariah seperti naikkan gaji hakim pada tahap yang munasabah.

3. Kesalahan dalam mahkamah syariah pun, masih lagi tidak ikut lunas-lunas syariah, seperti dalam kes Qazaf Tan Sri Syafie Abdullah terhadap DSAI yang mahkamah syariah memilih pandangan selain mazhab empat bahawa qazaf liwat tidak sama dengan qazaf zina, sedangkan mazhab empat semua sepakat menyatakan qazaf liwat sama dengan qazaf zina, sehinggakan ia boleh membuka ruang untuk ternafi kebaikan awam, iaitu kebimbangan amalan qazaf liwat berleluasa.

4. Begitujuga mengajar tanpa tauliah merupakan salah satu kesalahan dalam mahkamah syariah yang tidak ikut lunas-lunas syariah , yang ia antara perkara yang perlu dikaji balik.

5. Jadi, perkasakan mahkamah syariah yang sebenar adalah memastikan memberi implikasi baik pada islam dan mahkamah syariah, bukan dibebankan dengan kuasa menghukum pada saat pengamalan dalam mahkamah syariah pun masih tidak ikut lunas-lunas syariah lagi.

Wallahu ‘Alam.

Wan Ji Wan Husien

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *