DAP mengutuk kekejaman Tentera Myanmar terhadap minoriti Islam Rohingya

dsc3406Saya merasa sangat susah hati untuk melihat kesengsaraan yang dialami oleh puak Rohingya akibat kezaliman oleh pihak tentara Myanmar ke atas mereka.

Klip video penembakan pihak tentera terhadap puak Rohingya dan pembakaran rumah mereka di dalam hutan di Wilayah Rakhine di Myanmar telah luas diviralkan dan ini amat menyakiti hati ke semua umat di Malaysia dan di dunia.

Insiden ini dikatakan berlaku setelah puak militan Rohingya telah membunuh seramai sembilan orang polis penjaga sempadan di wilayah Maungdaw pada 9 Oktober yang lepas sehingga menyebabkan pihak berkuasa Myanmar bertindak balas secara zalim ke atas puak minoriti ini. Ramai daripada puak minoriti Rohingya yang tidak berdosa ini telah melarikan diri menyeberangi sungai ke sempadan Bangladesh.

Pihak Human Rights Watch yang telah memantau keadaan di sana melalui satelit telah menunjukkan lebih kurang 1,200 buah rumah di perkampungan Rohingya telah dibakar oleh pihak berkuasa sejak 6 minggu yang lalu.

Dalam apa jua alasan pihak berkuasa Myanmar serta dalam apa jua situasi, DAP mengutuk secara sekeras-kerasnya kezaliman yang dilakukan ke atas puak minoriti Islam Rohingya di Wilayah Rakhine, khususnya golongan wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata dan tidak berdosa serta tindakan tidak berperikemanusiaan ini tidak boleh diterima pada zaman tamadun moden sejagat.

YB TERESA KOK
Naib Pengerusi DAP
Ahli Parlimen Seputeh
25 Nov 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *