AMANAH mahu Speaker Parlimen & Dun dipilih oleh sebuah badan berintegriti – Salahuddin

AMANAH Nasional mencadangkan agar pemilihan Speaker Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (Dun) mestilah dilakukan oleh sebuah badan yang bebas dan berintegriti, calon-calon dipilih melalui satu proses penapisan yang telus dan beramanah, tegas Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.

Badan ini katanya, boleh diwujudkan dan bertanggung jawab di bawah Suruhanjaya Intergriti Negara. Speaker mestilah diberi kebebasan tanpa rasa “fear and favour” dalam menjalankan tugasnya kepada semua ahli dewan dan intergriti dewan.

06f7e9e3-09d1-4bdc-91d1-a69d8a793e29Selain itu tegasnya, terma utama Speaker mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, bukannya tunduk kepada kuasa eksekutif dan ini bagi memastikan institusi Parlimen benar-benar berfungsi sebagai cabang legislatif yang bebas dari cengkaman Eksekutif atau mana-mana pihak lain, Parlimen dan Dun perlu diberi kebebasan dan bidangkuasa untuk mentadbir perjalanan dan pengurusan Parlimen dan Dun.

Beliau berkata, untuk mencapai hasrat ini, Akta Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan pada tahun 1980an perlu diwujudkan kembali di peringkat Persekutuan dan melalui akta ini akan memisahkan skim perkhidmatan kakitangan legislatif dari perkhidmatan awam biasa di bawah cabang Eksekutif.

Salahuddin memperincikan cadangan AMANAH ini dalam sepucuk surat kepada Speaker Dun Johor, Tan Sri Hj Muhammad Abd Aziz dan diserahnya dalam kunjungan muhibbah AMANAH ke pejabat Speaker, baru-baru ini.

AMANAH mencadangkan sekurang-kurangnya tiga penambahbaikan iaitu:
1. Menambah, mengemaskini dan memberikan lebih banyak fungsi dan kuasa kepada jawatankuasa khas Parlimen bagi memastikan ahli-ahli Parlimen akan dapat lebih memperhalusi rang undang-undang yang dibentangkan selain dari mengawasi perjalanan perlaksanaan Eksekutif.
2. Dengan merujuk kepada beberapa institusi Parlimen seperti House of Commons dan Parlimen Commonwealth, sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak melakukan reform dan pengukuhan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
3. Speaker dengan kedudukan yang tinggi dalam Parlimen boleh melaksanakan “impeachment” terhadap Presiden atau Perdana Menteri sekiranya tingkah laku dan akhlak mereka boleh memberikan kesan buruk kepada negara dan rakyat.

“Saya menyedari bahawa beberapa cadangan saya di atas perlu kepada berlakunya pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri serta memberikan kesan tambahan peruntukan kewangan kerajaan,” tegas beliau kepada Amanahdaily.

“Sekiranya kita mahu melihat perubahan dan pengukuhan yang bersifat “structural reform” demi kebaikan rakyat, mengapa kita tidak melakukannya sekarang?” soal beliau lagi.

Menurut Salahuddin, telah sampai masanya institusi Speaker diperkukuhkan dan beberapa pembaharuan yang lebih segar dengan ruang demokratik seperti masa sidang yang lebih munasabah dan perbahasan penting seperti “Prime Minister, Minister and MB question time” perlu untuk diperkenalkan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *