SOSMA, OSA dan AKTA HASUTAN jadi pelindung jenayah pemimpin Umno-BN – Mahfuz

Himpunan aman Bersih5 telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia daripada berbilang kaum dan agama untuk bersatu tenaga memerangi salahguna kuasa yang menyuburkan amalan rasuah, penyelewengan dan perbuatan mencuri serta menggelapkan wang negara seperti dilakukan kerajaan Umno-BN yang diketuai PM Najib yang ‘kleptokrasi’ (Pencuritokrasi).

“Negara kini mengalami kebangkitan rakyat dan ramai ahli UMNO sudah bersama memperjuangkan agar institusi dan sistem pemerintahan diubah”.

Jenayah ini berpunca dari pemilikan kuasa oleh Umno-BN secara tidak demokratik dalam pilihanraya yang sangat tidak adil dari penyalahgunaan kuasa pemerintah Umno BN yang berkuasa. Pemilikan kuasa secara tidak demokratik melalui pilihanraya yang tidak bersih telah membentuk sebuah kerajaan yang tidak bersih dan sentiasa melakukan jenayah salahguna kuasa ke atas rakyat.

“Sampai bilakah rakyat terus menanggung beban akibat penyalahgunaan kuasa dan kesilapan yang dilakukan kerajaan Umno-BN?”.

POLITIK PENGECUT

Namun kesedaran politik yang meningkat dikalangan rakyat hasil dari pendidikan politik yang dilakukan oleh parti-parti politik pembangkang dan NGO telah membentuk lanskap baru politik Malaysia dengan pendedahan berani pimpinan dan aktivis politik serta NGO terhadap jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa membuatkan Umno BN tak mampu lagi pertahan diri secara demokratik.

Sifat bacul, penakut dan pengecut PM Najib Umno-BN untuk pertahan diri secara demokratik telah menggerakan usaha untuk mereka berterusan melakukan salahguna kuasa. Jika sebelum ini mereka menyalahguna kuasa untuk lakukan rasuah, penyelewengan dan pencurian, kini babak salahguna kuasa untuk melindungi jenayah rasuah dan curi wang negara dengan mengenakan undang-undang SOSMA,OSA dan Akta Hasutan sebagai benteng untuk pertahan diri dari keberanian dan ketelusan rakyat.

“Kerajaan Umno BN menyalahgunakan undang-udang termasuk SOSMA yang bertujuan menakut-nakutkan rakyat”.

Malaysia perlu diselamatkan segera dari kerakusan kuasa Umno BN yang telah menghimpit kehidupan rakyat dan merosakkan negara dengan amalan rasuah di kalangan pemimpin yang menjadi amalan dalam kerajaan Umno BN. Kerosakkan terhadap sistem negara perlu melalui proses reformasi segera.

“Kesungguhan dan kemahuan politik diperlukan dengan rasa insaf dikalangan pemimpin politik demi untuk rakyat dan Malaysia tercinta. Reformasi kuasa politik Negara tanpa Umno BN pada PRU14 adalah penyelamat masa depan Malaysia”. Kerana menjaga kepentingan diri.., bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual!

DATO’ Hj MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

24 Nov 2016/24 Safar 1438H

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *