Pemimpin wajar contohi cinta Habibie dan Ainun yang tidak susahkan rakyat

Ibu Hasrie Ainun Habibie (isteri Pak Rudy Habibie) meninggal dunia kerana barah usus yang dihidapinya sekian lama. Almarhumah senantiasa menjaga gerak laku suaminya. Untuk pengetahuan Ibu Ainun pernah menjadi doktor ketika berada di Jerman.

Selepas itu Pak Rudy dipanggil pulang ke Indonesia dari Jerman dan mereka berpisah seketika disebabkan Ibu Ainun masih berkhidmat. Sehinggalah Pak Rudy dilantik menjadi menteri oleh Presiden Suharto barulah Ibu Ainun berhenti dan pulang ke Indonesia.

Penderitaan yang dialami oleh Ibu Ainun dirahsiakan kerana tidak mahu tugas sang suami terjejas kerana dia. Pak Rudy pada Mei 1997 telah dilantik sebagai Presiden Indonesia ke 3. Dari sisi kelayakan memang Pak Rudy paling cocok berada disitu. Tetapi pak Rudy telah dituduh dengan pelbagai tuduhan.

Namun semuanya tidak dapat dibuktikan. Yang selalu menjaga urusannya ialah Ibu Ainun. Ibu Ainun umpama pencegah korupsi yang selalu nempel dengan Pak Rudy. Semua yang boleh mengaitkan Pak Rudy dengan korupsi pasti akan dihalang Ibu Ainun.

Sehinggalah pada bulan Oktober 1998, Pak Rudy mengambil keputusan untuk tidak mahu mempertahankan kerusi presidennya kerana didorong apa yang telah dipertuduhkan kepadanya. Inilah pengaruh besar Ibu Ainun dalam kerjaya Pak Rudy. Selepas itu fokus Pak Rudy hanya pada Ibu Ainun yang menderita barah.

Namun pada usia 73, Ibu Ainun telah pergi meninggalkan dunia. Pak Rudy yang tidak pernah renggang dari isterinya kini sendirian. Dia meneruskan hidupnya kini dengan kenangan dia bersama Ibu Ainun dulu. Itulah peranannya sang isteri.

Lebih-lebih lagi yang suaminya punya jawatan dan tanggungjawab. Bukannya mengambil peluang untuk kaya dengan kerakusan hingga membenarkan sang suami terlibat korupsi apatah lagi kleptokrasi.

Menjaga hidup suami hingga sampai waktu suami dilihat tidak mampu lagi mentadbir kerana mampu menyebabkan lebih banyak kerosakan, si suami dengan sendirinya sedar dan turun dan kerusi empuknya.

Walaupun Pak Rudy budak yang pintar ketika usia anak-anak, menghabiskan pengajiannya ke Jerman dalam bidang teknologi ruang angkasa, dikenali internasional selepas membina pesawat (N250) pertama Indonesia, tetapi dia sedar bahawa dia ada kurangnya.

Pak Rudy tidak mengejar tempoh yang lama untuk dia bergelar Presiden Indonesia. Apa yang beliau mahu adalah membina kebanggaan buat yang dipanggil bangsa Indonesia. Selayaknya dia dipanggil SANG VISIONER.

>> Oleh Muhammad Syafiq Azmi I 24 Nov 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *