Pemuda AMANAH kutuk pembunuhan kejam, diskriminasi etnik di Rohingya

“Sesesungguhnya orang beriman itu bersaudara, maka perbaikilah antara saudara-saudara kamu…” – ( Hujaraat 49:10 )

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” – (HR Muslim)

Terdapat lebih 1,300,000 nyawa yang hidup di Wilayah Rakhine dan PBB telah menyatakan bahawa Wilayah Rakhine adalah antara puak minoriti yang menerima ketidakadilan yang paling teruk di dunia. Pada tahun 1982, General Ne Win telah menafikan hak kerakyatan penduduk rohingya dan sejak inilah istilah Rohingya digunakan secara meluas kepada mereka (walaupun ada sejarah yang panjang tentang ‘term’ Rohingya ini

Sejarahnya yang panjang yang mempunyai pertalian dengan kerajaan Islam bengal sejak zaman Sultan Jalaludin Muhammad Shah menunjukkan wilayah ini sarat dengan pertalian yang kuat dengan ketamadunan di asia tengah. Dinyatakan juga juga sejak tahun 1434, wilayah ini memiliki wang dinar sendiri yang menggabungkan tulisan burma dan tulisan Arab.

Sejarahnya yang panjang termasuklah dari zaman British di India, beralih ke zaman Jepun, zaman perang dunia kedua dan pasca kemerdekaan Burma. Pembunuhan dan kekejaman terus dideritai oleh muslim Rohingya di setiap zaman.

Mereka juga menjadi mangsa percaturan politik British yang mencetuskan permusuhan antara warga muslim dan bukan muslim dengan alasan untuk menghalau Jepun. Seterusnya api kemarahan terhadap penduduk muslim terus membakar dan membarah.

Akhirnya, pada 2012 kerajaan tidak mengikhtiraf muslim Rohingya sebagai warganegara dan 140,000 penduduk diletak di Kem IDP (Internally Displaced Person) (Kem Pelarian).

Setiap muslim adalah saudara kami. Penderitaan mereka adalah penderitaan kami. Tangisan mereka adalah igauan tidur kami. Malahan, ini bukan sahaja menjadi isu agama tetapi ini telahpun menjadi isu kemanusiaan yang mencabar nilai dan hak asasi manusi itu sendiri!

Oleh yang demikian, kami Pemuda Amanah Nasional mengambil sikap berikut:

1. Kami menentang sekerasnya segala diskriminasi etnik dan agama walaupun dimana sahaja.

2. Kami menentang serta mengutuk pembunuhan kejam yang tidak berperikemanusiaan ini.

3. Kerajaan yang zalim perlu dihukum oleh masyarakat dan pemimpin dunia sehingga mereka akur kepada undang-undang antarabangsa dan berhenti dari kezaliman itu.

4. Kami menuntut warga Rohingya diberi hak warganegara yang adil dan saksama dengan warganegara yang lain.

Kepada Kerajaan Malaysia, kami mendesak agar:

1. Memberi peringatan keras kepada Kerajaan Myanmar atas kezaliman ini.

2. Memberi tekanan ekonomi yang jelas agar Kerajaan Myanmar bertindak segera atas isu ini.

3. Menggunakan kuasa ASEAN untuk memberi tekanan kepada Myanmar.

4. Menggunakan PBB dan OIC agar dapat memberi bantuan langsung dan segera berada Rohingya untuk melihat keadaan mereka disana.

5. Memberi ancaman ketenteraan sebagai langkah untuk menggertak Kerajaan Myanmar.

6. Memanggil pasukan bola sepak negara yang sedang berada di bumi Myanmar untuk pulang sebagai bantahan kepada Kerajaan Myanmar.

Kapada NGO dan NGI tempatan:

1. Mencari akses kepada NGO/NGI rohingya untuk menyalurkan bantuan perubatan, perlindungan dan makanan terus kelapangan.

2. Menguatkan ikatan NGO/NGI kemanusiaan antarabangsa untuk menekan Kerajaan Myanmar melalui media.

Kepada Rakyat Malaysia:

1. Teruskan berdoa kepada Allah swt agar mereka yang tertindas diberi kekuatan dan pertolongan dari Allah swt.

2. Menyebarkan terus dan terus menerus ke media dan media sosial seluas-luasnya mengenai kekejaman ini dengan fakta yang benar dan mesej yang jelas.

3. Mengutip derma dan bantuan untuk mereka yang tertindas melalui agensi yang diyakini amanah didalam menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Semoga kita semua terus bersatu bersama Rohingya!

Kepada Allah kami berserah.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Naib Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara

23 November 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *