Bebaskan dahulu Maria Chin, Allah murka kepada orang zalim

Allah murka kepada orang zalim dan orang yang menyokong orang yang zalim, sementara rakyat belum dapat melihat kertas pendakwaan terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah, bebaskanlah beliau, tegas Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.

“Kami nak lihat kertas pendakwaan, kami nak dia diadili, dibicarakan dan dia diberi hak membela diri. Sementara itu, bebaskanlah dia dahulu,” pinta Hasanuddin kepada Amanahdaily tengah malam tadi.

6089cd4f-e85c-4fa6-a8bd-212b427fe33fKatanya, selepas menyampaikan Tanweer Magrib di Madrasah Tarbiah Kg Banda Dalam, Jalan Gombak, malam tadi beliau dan isteri terus ke Dataran Merdeka untuk bersama-sama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan lain-lain pimpinan NGO, tokoh-tokoh parti pembangkang serta ribuan penyokong Maria Chin.

“Setelah membahaskan Kitab Tarbiyatuna Ar Ruhiyyah karangan Sheikh Said Hawwa di madrasah itu, terasa semakin kuat hubungan kita dengan Tuhan, semakin meningkat nilai keruhanian kita, semakin kuatlah kesedaran untuk memerangi rasuah, penipuan, rompakan, kezaliman dan penindasan,” ujar beliau.

Hasanuddin berkata, dakwalah Maria Chin Abdullah, kalau dia ada melakukan kesalahan tetapi bukan mengurungnya untuk tempoh 28 hari seperti yang diberikan oleh SOSMA.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *