AMANAH Sik ikhtiar bantu sekeluarga dapatkan saluran paip air bukit

AMANAH Kawasan Sik, Kedah turun padang petang tadi, Rabu 23 Nov 2016, menyantuni sebuah keluarga di Kg Sungai Seputih dalam Dun Jeneri, yang memerlukan sedikit sumbangan dan perhatian untuk mendapatkan saluran paip air bukit ke rumahnya.

Ketuanya, Sulaiman Ibrahim bergegas dan mengambil tindakan segera sebagai kepedulian AMANAH dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi penduduk susah dalam parlimen berkenaan.

whatsapp-image-2016-11-23-at-10-33-20-pm“Insyaallah masalah saluran paip akan diselesaikan secepat mungkin. AMANAH Sik akan berusaha sedaya upaya untuk membekalkan dua gulung paip air 1 inci kepada keluarga ini,” ujar beliau kepada Amanahdaily.

Ketua keluarga berkenaan, Ayob Said, 65 tahun sudah lama tidak bekerja kerana sakit anggota sendi. Anak-anak beliau juga tidak dapat menoreh getah kira-kira lima hari kerana hujan lebat sejak akhir-akhir ini tanpa mengira waktu.

img-20161123-wa0480Sulaiman yang dikenali sebagai Leman Raja Lawak berkata, AMANAH Sik telah memberikan sedikit sumbangan berupa barangan dapur kepada keluarga susah ini memandangkan Ayob tidak dapat bekerja dan anak-anak tidak boleh menoreh.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *