Hospital kerajaan simpan ubat tamat tempoh selama 5 tahun bernilai RM308,373

Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendapati Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) masih menyimpan ubat-ubatan yang telah tamat tempoh selama lima tahun bernilai RM308,373.

Ubat-ubatan tersebut yang telah tamat tempoh antara tahun 2010 dan 2014 ditemui di dalam stor utama Jabatan Farmaseutikal yang tidak berkunci oleh pegawai audit semasa lawatan pada November 2015.

Kegagalan hospital itu dalam menjalankan perancangan pemerolehan yang betul menyebabkan pembaziran, kata laporan audit tersebut yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

Pekeliling berkaitan menetapkan pihak universiti perlu mengemas kini status simpanan ubat-ubatan enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh untuk memastikan tidak berlakunya lebihan bekalan. Ubat-ubatan itu perlu dilupuskan sebaik sahaja tamat tempoh.

“Pada pendapat kami, HCTM gagal untuk menjalankan perancangan pemerolehan yang betul sehingga menyebabkan ubat tamat tempoh dan tidak boleh diberikan kepada pesakit,” ujar laporan itu.

Para pegawai audit juga mendapati, pada Disember yang lalu, universiti berkenaan menyimpan IV drips tamat tempoh dalam kuantiti yang banyak akibat kesilapan semasa peringkat penghantaran.

“HCTM memaklumkan IV drips yang dipunyai oleh pembekal mahu ditukar dengan bekalan dadah yang lain setelah tersilap dihantar semasa pesanan dibuat,” katanya.

Dalam penjelasannya, hospital itu berkata, ia mencatatkan kadar pelupusan ubat-ubatan tahunan antara 0.07 peratus dan 0.3 peratus, masih dalam kadar yang dibenarkan sebanyak 0.5 peratus.

Hospital berkenaan yang membelanjakan RM12,600 untuk tiga unit dapur dan RM495,000 bagi dua unit chiller dan freezer yang tidak mampu beroperasi sepenuhnya dalam penyediaan makanan kepada pesakit.

Pembaziran lain termasuk tiga unit dapur bernilai RM12,600 yang tidak dapat digunakan sejak 2014 manakala dua unit chiller dan freezer bernilai RM495,000 tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlakunya kekerapan kegagalan operasi – 28 aduan pada tahun 2014 dan 2015.

Ia adalah sebahagian proses pengubah suaian dapur utama hospital bernilai RM2.65 juta.

>> Gambar sekadar hiasan

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *