Rakyat tetap akan turun BERSIH sekalipun Tun Mahathir tiada

Walau tanpa penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad sekalipun, saya yakin rakyat tetap kuat semangat untuk berhimpun nyatakan 5 tuntutan BERSIH.

Saya yakin pada kuasa rakyat, karamah insaniyah yang ada pada rakyat. Rakyat bukan buta dari melihat kerakusan yang berlaku dalam urustadbir negara menerusi skandal mega 1MDB melibatkan orang nombor satu negara.

Saya tak nafikan, sokongan terbuka Tun Mahathir terhadap himpunan BERSIH 5 sedikit sebanyak akan mempengaruhi jumlah kehadiran rakyat.

Tetapi, ini tidak bermakna tanpa penyertaan beliau, rakyat akan berhenti.

Rakyat akan turun ke Bersih 5 bukan kerana Tun Mahathir semata-mata. Tetapi kerana rakyat marah dengan rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin.

Bersih 5 merancang untuk membawa rakyat berhimpun secara aman berlandaskan semangat dalam artikel 10 perlembagaan Malaysia berkaitan hak kebebasan berhimpun, bersuara dan sebagainya.

Dakwaan Najib bahawa Bersih berselindung sebagai non partisan dan merancang melakukan rusuhan adalah dakwaan yang tidak masuk akal. Najib tidak wajar menuduh membuta tuli tanpa sebarang asas. (Rujuk https://www.najibrazak.com/bm/audio-gallery/ucapan-perdana-menteri-mengenai-sandiwara-perhimpunan-pembangkang/)

Ini merupakan himpunan Bersih untuk kali yang kelima. Empat himpunan sebelum ini telah membuktikan bahawa rakyat yang menyertai Bersih tidak ganas. Himpunan Bersih 3 dan 4 telah membuktikan bahawa jika pihak polis memberikan kawalan terhadap keselamatan peserta Bersih, segalanya berjalan lancar.

Najib tidak perlu buat cerita lain untuk alih perhatian rakyat. MO1 (Malaysia Official 1) yang telah dinyatakan terang-terangan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) adalah lebih utama disiasat segera kerana ia melibatkan maruah Malaysia dan memberi kesan terhadap ekonomi rakyat.

JAKIM pula jangan menjadi tali barut penguasa zalim yang menindas rakyat. (Rujuk http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/street-protests-against-islamic-law-jakim-tells-muslims)

Pesan saya, JAKIM janganlah jadi ibarat ulamak yang jahat yang menyerondoi di pintu-pintu umarak.

Himpunan Bersih 5 adalah bertepatan dengan prinsip ‘berkata benar dihadapan pemimpin zalim’ dan ‘selemah-lemah iman, membenci dengan hati’ dalam konteks menunjukkan rasa marah terhadap ketidak adilan yang dilakukan oleh pemimpin.

Bahkan, himpunan aman dan hak kebebasan bersuara dilindungi dibawah perlembagaan.

Saranan saya, jika JAKIM merasakan hal ini tidak selari dengan prinsip Islam, JAKIM bolehlah mengusulkan agar artikel 10 perlembagaan Malaysia dimansuhkan sahaja. – Roketkini.com

>> Sheikh Omar Ali merupakan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *