Lebih 2,000 masyarakat Sabah sertai Bersih5 Kota Kinabalu

Lebih 2000 orang rakyat Sabah telah menyertai perhimpunan aman Bersih5 Kota Kinabalu yang telah berlansung petang Sabtu, 19 November. Perhimpunan aman yang diadakan di Taman Ujana Rimba Tropika, telah disertai oleh pelbagai latar belakang masyarakat Sabah yang terdiri daripada Orang Asal, NGO, mahasiswa, anak muda dan parti-parti politik.

Perhimpunan kelmarin telah berlansung dengan aman. Meskipun begitu, pihak Polis telah mengerahkan pasukan FRU ke tapak perhimpunan bagi mengawal sebarang provokasi sekiranya berlaku semasa perhimpunan berlangsung. Malah, kumpulan Baju Merah yang sebelum ini didakwa turut akan berada di tapak perhimpunan tidak kelihatan sehingga perhimpunan berakhir sekitar jam 6 petang.

img-20161121-wa0185Menurut Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah, perhimpunan Bersih5 pada kali ini menunjukkan momentum rakyat ke arah perubahan.

“Rakyat Sabah semakin sedar dan buktinya himpunan hari ini menunjukkan momentum rakyat mahukan perubahan perubahan untuk kebaikan negara terutamanya dalam sistem pilihanraya yang dijangka diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Bersih5 pada kali ini membawa 5 tuntutan utama iaitu Pilihanraya Adil dan Bersih, Kerajaan Bersih, Kukuhkan Demokrasi Berparlimen, Hak Membantah, dan memperkasakan hak Sabah dan Sarawak.

Sebelum perhimpunan berlangsung, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak membenarkan penganjur mahupun peserta mengadakan perhimpunan tersebut di Taman Ujana Rimba Tropika.

Walau bagaimanapun, akhirnya pihak DBKK terpaksa akur selepas pihak penganjur menjelaskan perhimpunan akan beralih ke tempat lain sekiranya tidak dibenarkan masuk ke taman awam tersebut. Akhirnya pihak DBKK akur dan membenarkan para peserta untuk menggunakan taman awam tersebut.

Selain itu, kumpulan mahasiswa yang diketuai Mukmin Nantang, mahasiswa tahun 3 Universiti Malaysia Sabah turut menyertai perhimpunan kelmarin. Seramai 30 mahasiswa telah menyertai perhimpunan tersebut dan menunjukkan mahasiswa tidak lagi diperbudakkan.

Mukmin Nantang turut mendeklamasi sajak semasa perhimpunan yang bertajuk “Hai Warga Buta” dan mendapat tepukan gemuruh daripada peserta Bersih 5 Kota Kinabalu.

Selain itu, trdapat juga kumpulan Orang Asal hadir menyertai perhimpunan kelmarin. Kumpulan Orang asal daripada Sook, Pensiangan dan beberapa daerah lain menyatakan pendirian mereka menuntut tanah adat mereka dihormati dan tidak dirampas sewenang-wenangnya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *