Perkukuh AMANAH, pakatan baharu Bersatu-PKR-Pas hanya satu ‘simulasi politik’ sahaja

Dalam seminggu dua ini suasana politik Malaysia agak panas ekoran dari isu Baju Merah-Baju Kuning, Jamal kena tumbuk, Jamal mahu selak kain MP Ampang, hukuman penjara 18 bulan Rafizi dan tidak kurang juga dari cakap2 bahawa wujud komplot Bersatu-PKR-Pas utk mengetepikan Amanah sbg salah satu rakan kongsi politik yg penting dalam Pakatan Harapan (PH).

Cakap-cakap ini ekoran dari beberapa rundingan dan juga perkongsian pentas antara Bersatu-PKR-Pas dalam beberapa program baru2 ini.

Dari spekulasi, ia kemudian menjadi hipotesis dan teori bahawa Amanah bakal diketepikan dalam percaturan satu lawan satu dalam PRU 14 nanti.

Baru2 ini wartawan Utusan Malaysia ada meminta pandangan saya mengenai isu ini, dan sebagaimana jawapan berfakta (akademik) saya kepada wartawan New Straits Times baru2 ini mengenai isu Razifi (dan saya yakin Utusan tidak akan siarkan komen saya itu), sikap dan pandangan saya dalam perkara ini (Amanah akan diketepikan) ialah, ahli dan pemimpin Amanah tidak harus memberi ‘respon balas’ atau tidak patut melayan cakap-cakap, hipotesis dan teori ini.

Sebaliknya fokus ke arah mengukuhkan parti, menambahkan ahli, cawangan dan memperbanyakkan program2 menyantuni rakyat yg sedang tertekan dengan kehidupan ekoran peningkatan kos sara hidup yg mencengkam sekarang.

Pakatan baru Bersatu-PKR-Pas ini saya kira hanyalah satu ‘simulasi politik’ biasa atau eksperimen TS Muhyiddin, sebahagian pimpinan PKR yg panik dan juga beberapa pemimpin PAS yg terkesima dgn kedudukan politik mereka yg goyah akhir2 ini.

Tidak perlu dirisaukan oleh pimpinan dan penyokong Amanah kerana TS Muhyiddin dan sebahagian pimpinan PKR seperti Tian Chua bukan ikonik yg mampu membawa gelombang.

TS Muhyiddin ibarat langit dengan bumi untuk dibandingkan dengan Tun Dr. M. Demikian juga siapalah Tian Chua dibandingkan dengan DS Anwar.

Saya percaya sebarang percubaan parti2 pembangkang yg cuba menawarkan satu konsesi politik yg di dalamnya cuba meminggirkan Amanah dan DAP, mereka tidak akan ke mana2.

Individu2 ini hanya akan jadi buih2 seperti mana jadinya kpd pemimpin2 pembangkang dahulu yang cuba melawan arus utama gelombang pembangkang.

Umumnya TS Muhyiddin, pemimpin PKR dan PAS harus menilai dan mempertimbangkan senario2 yg saya sebutkan di bawah ini sebelum mereka cuba menawarkan satu bentuk konsesi politik berasingan tanpa DAP dan Amanah dibawa ke meja perundingan bersama:

1. Ikonik Bersatu- Tun Dr. Mahathir tidak pernah percaya kepada PAS sbg salah satu rakan politik pembangkang yg boleh dipercayai. Imej PAS sudah tercemar dan Tun Dr. Mahathir sendiri mengatakan PAS makan dedak. Kelewatan PAS mengambil tindakan ke atas Sarawak Report menguatkan lagi dakwaan Tun ini.

2. Lebih dari 80% pengundi2 yg mengundi PKR dalam PRU 12 dan 13 adalah pengundi bandar dan semi-bandar yg pada asasnya menyokong mereka (PKR) di atas kapasiti PR, yg secara asasnya mereka ini juga penyokong tegar DAP dan Amanah.
Dalam dua PRU dahulu mereka menyokong PAS atas kapasiti pemimpin2 progresif yg sekarang menubuhkan Amanah).
Kelakuan PKR sekarang hanyalah seperti bermain api dengan sentimen pengundi2 ini yg sangat anti BN sekarang. Pengundi jenis ini adalah jenis participant yg memilih pemimpin berdasarkan isu, bukan parti.
Tidak mustahil mereka akan menghumbankan PKR kembali sbg parti tercorot dengan bilangan 1 kerusi sahaja spt kedudukan diawal2 penubuhan parti ini.

3. Amanah dibentuk dengan mengambil sekurang2nya 35 – 40% kekuatan PAS yg wujud sewaktu PRU 12 dan 13. Parti Amanah menerima sokongan massa yg bertambah dari masa ke semasa ekoran sikap parti ini yg konsisten menentang dasar2 BN yg menekan rakyat.
Amanah parti yg digemari semua bangsa dan sifatnya yg insklusif mampu membawa parti ini jauh ke depan mengatasi PAS sedikit masa lagi, kerana kelebihan Amanah ialah parti ini mampu bertapak di bandar dan luar bandar, sebaliknya PAS di luar bandar sahaja.

4. PAS sudah kehilangan 40 peratus kekuatan asalnya, dan ekoran dari sikap ketidakonsistenan parti ini yg dilihat memihak dan mempertahankan UMNO-BN dalam beberapa isu seperti 1MDB (Mursyidul Am kata tiada bukti), PAS menyokong UMNO tetapi tidak bulat (Presiden PAS), berkecuali dalam pengundian Belanjawan dan beberapa isu lain, menyebabkan sokongan massa kepada PAS menjunam lagi sebanyak 30 %, selepas dari perpecahannya tahun lepas.

5. PAS telah kehilangan sepenuhnya sokongan bukan Melayu yg berpindah kepada Amanah, disamping kehilangan sokongan pengundi ‘participant’ Melayu dan golongan sivil society yg banyak.
Di Selangor, saya jangkakan sikongan teras PAS hanyalah berbaki 8% dan ditambah dengan baki sokongan massa, undi yg mampu diraih PAS hanyalah sekitar 13 %.
Maksudnya PAS hanya mampu meraih antara 800 hingga 1,300 undi dari setiap 10,000 undi setiap kawasan pilihan raya di Lembah Klang yg mempunyai bilangan pengundi bukan Melayu antara 15-30 peratus.
Bilangan undi PAS boleh meningkat sehingga 15-20 % di kawasan luar bandar pantai Barat bergantung kpd isu dan sebaliknya undi mereka boleh menjunam sehingga kurang 7 % apabila bilangan pengundi Cina mencecah 40-45% misalnya di Chempaka, Pandan.
Kekuatan PAS hanya diakui masih mantap di negeri2 utara dan Pantai Timur, tetapi dengan adanya pertandingan 3 penjuru, PAS boleh hilang kesemua kerusinya termasuk bakal kehilangan Kelantan kelak.

6. DAP sebagai sebuah rakan kongsi PH yg dianggap mantap dengan sokongan asasnya, janji parti ini untuk bersama2 Amanah tidak harus dipandang sebelah mata oleh Bersatu dan PKR, dan track record sebelumnya DAP jelas sebuah parti yg konsisten dengan pendiriannya dan akan mengotakan janjinya.
Amanah juga dilihat sebagai sebuah parti yg ditunjangi oleh pemimpin2 yg sangat teruji dengan sikap ‘kesetiaan’ dalam pakatan politik sehingga terusir dari PAS semata2 untuk mempertahankan prinsip dan janji yg diikat dalam kolisi sewaktu PRU 12 dan 13 dahulu.

Jadi, berdasarkan senario2 yg disebutkan di atas, saya menjangkakan kolusi baru BERSATU-PKR-PAS hanyalah ilusi, itupun jika mereka serius untuk menjayakannya.

Tetapi sikap Pas yg sukar diramal ini adalah sebab terbesar mengapa kolisi ilusi ini akan gagal sepenuhnya nanti dan kelak mereka (Bersatu-PKR) bakal kembali ke landasan sebenar di PRU iaitu: Bersatu + PH (Pkr, Amanah, DAP) lawan BN/PAS.

DR. A ZACHARY S
16 November 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *