Greenboc (GB) anggap liputan Bersih5 bersama MediaOren sangat mencabar

Greenboc (GB) anggap liputan Bersih5 bersama MediaOren sangat mencabar

GB hadir di atas beberapa kapisiti, pertama sebagai seorang ahli Parti Amanah Negara, rakan komponen Pakatan Harapan yang menyokong dan mendokong penuh BERSIH 5.

Kedua, yang lebih mencabar ialah di atas kapisiti sebagai petugas MEDIA OREN.

Seringkala, sebelum ini GB selalu juga membuat liputan, tetapi di atas kapisiti individu tanpa menggunakan apa-apa platform, hanya sebagai seorang blogger.

Namun setelah menyertai AMANAH dan terbentuknya MEDIA OREN, GB menggalas peranan baharu, menerima arahan dari Ketua MEDIA OREN supaya GB melaporkan perjalanan demonstrasi BERSIH 5 untuk disiarkan secara live di media sosial untuk disebarkan kepada rakyat. Semalam blog ini ditinggalkan untuk sementara waktu bagi menumpukan tugas di MEDIA OREN.

Seorang sahabat yang merupakan bekas editor sebuah akhbar parti sejarah, Mohd Nazri Abdullah yang terkenal di dalam kes siasatan isu Mat Indera satu ketika dulu, berperanan sebagai compiler semua maklumat dan foto untuk sebaran.

Sementara petugas yang lain seperti Faeez, Rasidi, Salihin, Manzurul, Zaidi, Hazayani, Rayme dan lain-lain sibuk dengan bekerja di lapangan sekalipun dihantui dengan talian internet yang lembab dan tersekat di dalam lautan ribuan manusia.

Boss Media Oren, Putri Shira memantau perjalan MEDIA OREN dari masa ke semasa.

Hanya di dalam hatiku berkata: MEDIA OREN insha Allah akan lebih perkasa selepas ini. GB kini akur dengan usia yang semakin tua… anak muda sudah ada untuk menggantikan tempat GB.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *