Dihalang ke Dataran Merdeka, lebih 50 ribu berkampung di KLCC

Peserta Bersih5 akhirnya memenuhi KLCC di luar dan dalam bangunannya selepas dihalang masuk ke Dataran Merdeka. Para peserta dimaklumkan tempat berkumpul semua peserta Bersih5 di KLCC sebagai titik perhimpunan baharu.

Ini kerana pihak berkuasa telah menutup beberapa laluan ke Dataran Merdeka walaupun peserta berhimpun secara aman di dua lokasi iaitu di Dataran Maybank Bangsar dan Masjid Negara.

Komandan Bersih 5 menyeru kepada semua peserta untuk mula bergerak ke KLCC dengan cara tenang dan teratur untuk memudahkan perhimpunan berlansung aman di KLCC.

Pihak penganjur memaklumkan program akan terus diadakan di sana hingga jam 6 petang sebelum semua diminta bersurai. Dianggarkan lebih 50,000 peserta Bersih5 berhimpun dengan aman.

Berucap di hadapan puluhan ribu peserta Bersih 5 di perkarangan KLCC, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memuji penganjur Bersih 5 yang mampu menyatukan rakyat menentang kezaliman BN.

“Terima kasih Bersih, terima kasih Maria Chin,” katanya merujuk kepada Pengerusi Bersih yang kini ditahan di lokap polis.

Bersih katanya telah berjaya menyatukan rakyat semua peringkat dari semua kaum untuk bersama membela nasib rakyat yang ditindas. Beliau juga mengajak rakyat seluruh pelusuk negara menukar kerajaan BN dalam PRU 14.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *