Semua ahli, penyokong AMANAH Parlimen Batu diminta berkumpul di Masjid Negara

Mesyuarat Khas Amanah Batu Mengenai Bersih 5 mlm tadi, 16 Nov 2016 di Wisma Amanah Batu membuat keputusan semua ahli dan penyokong Amanah Batu berkumpul, berhimpun dan bergerak bermula dari Masjid Negara. Berpadu dlm kumpulan yg besar dan sukar digugah oleh pihak musuh.

Ia bagi menguatkan Bersih 5 pd dua lokasi yg telah ditetapkan iaitu di Bangsar dan Masjid Negara disamping mengelakkan daripada perkara2 yg tidak diingini terjadi kerana Baju Merah ada di mana2 utk mencetuskan provokasi.

Berkumpul di Masjid Negara seawal jam 10.00 pg sehingga bergerak dlm satu pasukan yg perkasa ke Jalan Raja Laut, di hadapan Bangunan KWSP, tapak himpunan yg sudah diputuskan.

Sila bawa keperluan seperti air meneral secukupnya, garam, tuala basah dan tidak lupa juga plastik @ baju hujan. Jika hujan, lindungi dokumen2 penting, peralatan audio video, telefon bimbit, kamera dll sepanjang himpunan Bersih 5 berlangsung.

Amanah. Progresif. Peduli.

TARMIZI MOHD JAM
Timbalan Ketua Amanah
Parlimen Batu
16 November 2016

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *